Friday, December 31, 2010

Pai Pendatang Baru Pahang fm




السلام عليكم

Hai.
Nama saya Pai.
Pendatang baru Radio Malaysia Pahang fm

Dengarkan di 104. 10 MHz
Pahang fm, eemm, dappnye
:)



Tuesday, December 28, 2010

Sahabat seperjuangan

salam.

ingin berkongsi pendatang baru juga merangkap sahanat baru Pai.

2 jejaka ini adalah penyampai baru di Pahang fm
pendek kata, pai si puter, mereka sang putera.
Long, Angah ,Ucu.
Mereka ini hebat dan Pai gembira mengenali 2 insan ini.

jom tengok promo ;)



Muhammad Aiman Abdul Razak.
DJ Man Wakaka.
29 Tahun.
Asal Kuantan, Phg.
Pengalaman dalam bidang DJ sejak 4 tahun lalu. seua event Man join.




Ini Wan Orang Kampung. semestinya ok
Mohd Shafaril Izwan
umur 24
asal Temerloh.
gemar ikan patin masak tempoyak (oops pai tipu )
Pengalaman : woh, hebat wan ni, penggiat seni teater, dulu penuntu ASWARA, byk buat program belakang tabir.

* Saya happy dapat kawan baru.
kami bekerjasama dan belajar benda baru di konti.

Yahhooo!!

Lapor diri

Lampiran Pos Laju sampai di peti surat rumah Pai.

Alhamdulillah,
isi kandungannya sila lapor diri pada 27 Disember 2010.

Yeayy, Sujud syukur kepada Allah,
mungkin ini rezekiku.
Akan kusyukuri nikmat ini.

Berbaju kebarung pink kelabu dan tudung kelabu.
terkedek-kedek bersama 3 sahabat,
Abang Man, Wan dan Norm.
melaporkan diri dan meneria taklimat ringkas bersama Pengarah dan Aki.
Dalam mesyuarat ringkas, kami diberi info dan nasihat untuk terus maju di bidang penyiaran.


Dari kiri : Pai, Timbalan Pengarah, Pengarah, Aki, Man, Wan


Hati tersenyum.
Alhamdulillah.

Monday, December 27, 2010

sesi Ujibakat

salam.

Pai ingin berkongsi detik jatuh bangun Pai dalam dunia penyiran radio ini.dari mula-mula menjejakakan kaki hinggal saat ini.

hihi, supaya Pai ingat dan sentiasa sedar diri.

At the same time, boleh evaluate diri, bukan syok sendiri tau!!
Mana tau, ada yang di luar sana ingin berkhidmat sebagai deejay. boleh share..

16 Oktober 2010, ada sesi uji bakat di RTM Pahang.
masa tu Afni ( penyampai Pahang f.m juga merangkap kawan baik semasa zaman sekolah, dan rakan setugas kini ) memberitahu ada sesi ujibakat, maka silalah cuba.kalau-kalau ada rezeki.

Pai pun pegi. sangat berdebar dan geertar.. cheh..belum apa-apa sudah debar. hehe nak dijadikan cerita semasa sesi uji bakat itu, pai sakit perut yang amat ( keluar masuk toilet 10 kali) dan akhirnya jadi peserta last sekali.

Masuk konti, kecut perut pula. dah laa sejuk. apa lagi, baca sahaja teks yang diberikan.ada 5 teks wajib baca.

1. Berita Bahasa Melayu
2.Berita Bahasa Inggeris
3. Skrip protokol Istana
4. Program wawancara bersaa ustaz...
5. Carta Hits

Haa... kelu lidah koi!!
gunalah intonasi, suara dan kreativiti anda, peringatan : keayuan anda tidak diperlukan ;p

lepas uji bakat balik dengan penuh debaran. haha. lebih kurang 40 peserta yang ada pengalaman dan otai hadir audition ------> maka confirm la peluang untuk Cik Popai tipis sekali. : Kata Aki ( Encik Zainoodin, merangkap Ketua Bahagian Rancangan ) tunggu pihak RTM call semula kalau dapat pergi next stage untuk tapisan.
ok . gulp.

so, jangan berharap. terus pulang.
tetapi teruskan berdoa, semoga telinga juri terpukau walau pun tak merdu.

haha. edisi menanti sebuah jawaban.



Temuduga

Salam.

kembali bersua sambung detik perjuangan.

1 bulan menanti sebuah jawaban,tapi tak terjawab jua.
tunggu lagi. Akhirnya 10 Dis ada panggilan dari Aki.

*sila hadir ke temu duga bersama pengarah pada 13 Disember pukul 9 pagi di RTM. anda antara 8 finalis.

dub dab dub dabb. mau nya tak berderau.
terima kasih Aki. gembira, terkejut pun ada. dapat pegi finale pun okies.

12 Dis 2010 !
membuat persediaan terakhir. blur pulak.
mujur encik Amin saya menemani membeli belah. cari punya cari jumpa sut hitam. saiz ngam-ngam badan saya. hahha :) kena ada style koprat sikit, bukan keparat. membaca bahan dari Internet dan minum air masak banyak.

13 Dis !
Pukul 9 pagi, Ummi kesayangan, adik dan walid teman.
mendaftarkan diri. saya nombor 6. ada 6 jejaka menanti giliran.
semuanya hebat dan ada pengalaman.
ada Amie, Firdaus, Fakhrul, Wan, Aiman, Ramdan.
sorang tidak hadir.oops Pai sorang perempuan.
mereka semuanya sememangnya dj otai,hanya saya zero.

seterusnya,
interview bersama Tuan Pengarah, Encik Haji Mustafa dan Aki.
haha terbelit lidah dan menjawab dengan penuh gembira.
penuh senyuman gementar ;p
tapi redah saja.

Alhamdulillah selesai sudah dan pulang.

* tipis lagi, mereka semua berbakat dan hebat
siapalah saya. yang penting saya sudah lakukan yang terbaik. REDHA !
** saya rasa saya sangat comel bila bersut hitam dan kain labuh.tudung kelabu. sedikit make up yang nipis. saya tampak lebih yakin. lain kali boleh pakai lagi sut itu .

haha :D itu iklan yea.