Monday, December 27, 2010

sesi Ujibakat

salam.

Pai ingin berkongsi detik jatuh bangun Pai dalam dunia penyiran radio ini.dari mula-mula menjejakakan kaki hinggal saat ini.

hihi, supaya Pai ingat dan sentiasa sedar diri.

At the same time, boleh evaluate diri, bukan syok sendiri tau!!
Mana tau, ada yang di luar sana ingin berkhidmat sebagai deejay. boleh share..

16 Oktober 2010, ada sesi uji bakat di RTM Pahang.
masa tu Afni ( penyampai Pahang f.m juga merangkap kawan baik semasa zaman sekolah, dan rakan setugas kini ) memberitahu ada sesi ujibakat, maka silalah cuba.kalau-kalau ada rezeki.

Pai pun pegi. sangat berdebar dan geertar.. cheh..belum apa-apa sudah debar. hehe nak dijadikan cerita semasa sesi uji bakat itu, pai sakit perut yang amat ( keluar masuk toilet 10 kali) dan akhirnya jadi peserta last sekali.

Masuk konti, kecut perut pula. dah laa sejuk. apa lagi, baca sahaja teks yang diberikan.ada 5 teks wajib baca.

1. Berita Bahasa Melayu
2.Berita Bahasa Inggeris
3. Skrip protokol Istana
4. Program wawancara bersaa ustaz...
5. Carta Hits

Haa... kelu lidah koi!!
gunalah intonasi, suara dan kreativiti anda, peringatan : keayuan anda tidak diperlukan ;p

lepas uji bakat balik dengan penuh debaran. haha. lebih kurang 40 peserta yang ada pengalaman dan otai hadir audition ------> maka confirm la peluang untuk Cik Popai tipis sekali. : Kata Aki ( Encik Zainoodin, merangkap Ketua Bahagian Rancangan ) tunggu pihak RTM call semula kalau dapat pergi next stage untuk tapisan.
ok . gulp.

so, jangan berharap. terus pulang.
tetapi teruskan berdoa, semoga telinga juri terpukau walau pun tak merdu.

haha. edisi menanti sebuah jawaban.



2 comments: